Laman Utama

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!

Shahrin Zulkifle
26/01/2023
15:00 MYT

Baru sahaja tiga episod ditayangkan, drama bersiri terbaharu Astro Originals, Projek: High Council telah berjaya mencipta fenomena sendiri.

Selain lakonan mantap barisan pelakon yang ada, netizen turut memuji jalan cerita drama 10 episod arahan Anwari Ashraf itu.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter, seorang penonton yang sudah menyaksikan tiga episod terawal berasa kagum dengan drama tersebut.

Malah, individu berkenaan turut menjelaskan Projek: High Council merupakan sebuah drama yang mempunyai kualiti yang tinggi dan mahal.

“Bukan macam drama Melayu biasa!

“Benda paling rare dan bermakna sangat dalam series ini adalah toxic masculinity dan rasism, serta banyak lagi perkara tersirat sebenarnya.

“Cerita melayu yang sangat mahal dan berkualiti tinggi. Korang tak tengok, korang yang rugi!,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji ciapan yang yang dikongsikan individu tersebut.

***

Projek: High Council membariskan para pelakon baharu yang berbakat serta berpengalaman daripada pelbagai latar termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.

Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Filem

Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

gempak
19/06/2024
05:55 MYT
Pelakon Aedy Ashraf meluahkan perasaan gembira apabila penantiannya untuk berlakon menggunakan loghat Kelantan dalam naskhah seni akhirnya tercapai.
Hiburan

Lovenya! Lesen High Council, Pas Eksklusif Nak Jadi Ahli High Council Universe

gempak
18/06/2024
16:36 MYT
Peminat High Council pasti sinonim dengan terma popular yang menjadi simbolik kepada drama premium itu iaitu ‘lesen’ keahlian High Council.
Filem

Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

gempak
12/06/2024
11:55 MYT
Lakonan pelakon, Amir Ahnaf menerusi drama premium, Project: High Council sebelum ini meraih pujian ramai.
Filem

Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
17:30 MYT
Astro Shaw umum pemilihan Aedy Ashraf dan Sky Iskandar yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council.