Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Bukan Mahu Jadi Menantu Yang Diagungkan, Kesayangan Tapi...” - Isteri Atu Zero

Mya Amri
26/03/2019 09:38 MYT
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari bersyukur apabila suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan baik apabila berjaya membawa ibunya menunaikan umrah.

Menurut Shafeeqa, sebagai seorang menantu dia berasa gembira melihat suaminya memberanikan diri membawa dan menjaga ibunya dengan baik sepanjang berada di Tanah Suci.

Shafeeqa berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya semalam.

“Aku hanya menumpang kasih anak mu yang kau lahirkan... memang dia tak lahirkan aku, tapi dia lahirkan suamiku.

“Aku bukan orang Sabah jadi kalau berbual memang ayam dan itik lah. Tapi semua tu bukan halangan untuk aku mengingatkan suami tentang tanggungjawab.

“Saya bukan mahu jadi menantu yang diagungkan, menantu kesayangan... Tapi saya pon ada anak. Saya juga akan rasakan apa yang dia rasa.

“Itulah pesan mak aku dari awal lagi. Pengalaman mengajar ku... Alhamdulillah... dia sahut cabaranku, dia beranikan diri bawa maknya.

“Selalu semua aku yang settlekan… 9 days to go. Bersabar lah wahai suami, ada ganjaranmu nanti. Beg baju hilang. Semoga Allah permudahkan urusan mu.

“@akueatu biarlah beg hilang... Jangan kau hilang dari hidup ku. Chia chia chia!!! Gambar kucing bila nak dapat?” tulisnya.

Aku hanya menumpang kasih anak mu yg kau lahirkan... mmg dia x lahirkan aku, tp dia lahirkan suamiku. Ak bukan org sabah jadi klo berbual mmg ayam dan itik lah. Tp semua tu bukan halangan untuk ak mengingatkan suami ttg tanggungjawab. Sy bukan mahu jadi menantu yg diagongkan, menantu kesayangan... tp sy pon ada anak... sy juga akan rasakan ap yg dia rasa. Itulah pesan mak aku dari awal lg. Pengalaman mengajar ku.... alhamdulillah... dia sahut cabaranku, dia beranikan diri bawak mak nya. Slalu semua ak yg settlekan.. 9days to go. Bersabar lah wahai suami, ada ganjaranmu nnt... beg baju hilang ???. Semoga Allah permudahkan urusan mu... @akueatu biar lah beg hilang... jgn kau hilang dari hidup ku ? chia chia chia!!! Gambar kucing bila nak dapat???????

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari) on


Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Foto: Instagram @shafeeqajohari
#Atu Zero #Shafeeqa Johari
;