Bukan Main Besar Lagi Topi Daiyan Trisha!

Shahrin Zulkifle
Oktober 16, 2022 07:00 MYT

Baru-baru ini pelakon Daiyan Trisha dilihat telah pergi bercuti di sebuah pusat peranginan, Langkawi.

Menerusi muat naik terkini di Instagram, Daiyan turut berkongsi beberapa foto ketika bercuti buat tatapan pengikutnya.

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya apabila pada perkongsian tersebut memperlihatkan dia sedang mengenakan topi berukuran saiz yang sangat besar berwarna coklat di atas kepalanya.

Biarpun kelihatan sedikit ‘kekok’ mengayakan topi itu, namun Daiyan ‘maintain’ cantik merakam video dirinya sedang berjalan dipersisiran pantai sambil lengkap berkaca mata hitam.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pelakon Projek Anchor SPM itu, pelbagai reaksi lucu yang dikongsikan wargamaya mengenai topi besarnya itu.

“Sis papadom restoran pelita kenapa bawak sampai pantai?, komen seorang wargamaya.

“Patut tikar rumah atok saya hilang,” ujar seorang lagi warganet.

“Akak cakap betul-betul, itu keropok kan sebenarnya,” tulis seorang netizen.

“Ingat kerepek bawang tadi,” kata seorang lagi wargamaya.

#Daiyan Trisha #Bercuti #holiday #Topi Besar