Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan Makanan Mewah, Sanggup Pesan Berkotak-Kotak! Melly Goeslaw ‘Ketagih’ Maggi Mi

Maliah Surip
06/12/2022 14:59 MYT
Pesohor seni Indonesia, Melly Goeslaw memberitahu dalam banyak makanan yang ada di Malaysia, dirinya sangat tertarik dan tidak akan melepaskan peluang menikmati makanan segera Maggi Mi.

Malah, makanan pertama yang dicarinya sewaktu menjejakkan kaki ke Malaysia minggu lalu adalah Maggi Mi.

“Yuk, saya mahu makan Maggi dulu ya,” katanya selepas menziarah pusara Allahyarham P.Ramlee di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru baru ini.

Bercakap lanjut mengenai ‘ketagihannya’ dengan Maggi, penyanyi Denting itu mengaku sukakan Mi yang kenyal dan rasanya kuahnya.

“Saya tidak tahu, tapi sejak pertama kali ke Malaysia lebih 10 tahun lalu sudah jatuh cinta dengan Maggi.

“Enak sangat. Sampai saya kalau ke sini akan beli berkotak kotak Maggi, atau saya pesan kepada rakan yang mahu ke Jakarta membelinya untuk saya,” akui Melly.

Namun kata Melly yang akan mengadakan konsert Ada Apa Dengan Melly?selama dua hari pada 3 dan 4 Februari 2023 di Plenary Hall KL, dia kini hanya dapat menikmati makanan kegemarannya itu dalam kuantiti yang sedikit.

Hal itu berlaku selepas dia menjalani pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai ‘potong usus’ kerana masalah berat bedan yang mencecah hampir 100 kilogram, beberapa bulan lalu.

“Jadi sekarang makannya hanya sedikit. Tiga, empat suap sudah kenyang. Sama seperti saya makan makanan lain seperti nasi atau apalah kerana usus sudah dipotong,” kata Melly.

#Konsert #Indonesia #Makanan #Melly Goeslaw #Maggi #Mi
;