Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Masa Nak Pilih Vaksin, Keadaan Makin Teruk” - Fizo Omar

Mya Amri
21/07/2021 05:53 MYT
Pelakon Fizo Omar berharap orang ramai tidak membandingkan keberkesanan setiap vaksin terutamanya jenis Pfizer dan Sinovac.

Menurut Fizo, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berdebat kerana negara masih lagi berada pada tahap kritikal.

“Kalau abang Joe kan ambil jelah vaksin mana-mana pun sekarang. Ini bukan masanya nak memilih vaksin mana korang suka yang mana korang nak.

“Keadaan Malaysia makin teruk dengan kes harian cecah lima angka. MasyaAllah gawat weh. Berdiri bulu roma ni ha tunggu update dari KKM hari-hari,” tulisnya.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Dalam pada itu, Fizo juga berharap orang ramai tidak keliru tentang maklumat mengenai Sinovac.

“Abang Joe semak sendiri dengan @pharmaniaga_berhad. Diorang ni satu-satunya pembekal vaksin Sinovac sebanyak 12.4 juta dos kepada kerajaan dan sepatutnya dalam tempoh tujuh bulan (Mei-Nov 2021).

“Disebabkan lonjakan kes dan keupayaan fill and finish di kilang, pihak mereka telah mengambil langkah lebih proaktif dengan mempercepatkan pengeluaran dan pembekalan kepada kerajaan.

“Tak ada kena mengena dengan soal keberkesanannya. Syabas dan tahniah untuk @pharmaniag_berhad dengan usaha ini dapat membantu kerajaan dan orang ramai melengkapkan kedua-dua dos dengan cepat,” jelasnya menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, timbul spekulasi terhadap keberkesanan vaksin jenis Sinovac selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini melaporkan Malaysia akan menghentikan penggunaan Sinovac selepas bekalannya habis kerana mempunyai jumlah vaksin lain yang mencukupi untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK).

#Fizo Omar #Vaksin #pfizer #Sinovac #Isu Vaksin #Isu Pilih Vaksin
;