Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Bukan Mimi Yang Nak Bernikah….” – Pengurus Mimi Lana

Fiza Kamarudin 10/09/2021 | 04:13 MYT

Pengurus Mimi Lana, Iman Tang menafikan spekulasi kononnya pelakon tersebut bakal bernikah, hujung minggu ini.

Khabar angin bermula selepas Mimi memuat naik foto di atas pelamin dengan tangan dihiasi inai, menyebabkan pengikut di laman sosialnya mula berteka-teki.

Ruangan komen turut dihujani ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis seperti Datin Umi Aida, Nad Zainal termasuk pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Iman berkata, Mimi hanya bergambar di pelamin pernikahan sepupunya.
“Bukan Mimilah. Kalau Mimi yang bernikah sudah tentu kami beritahu kepada semua. Itu pelamin sepupu dia.
“Takkanlah kalau Mimi bernikah kami tak bagitahu,” jawab Iman sekaligus menamatkan spekulasi yang sedang hangat menjadi bualan.
Selain itu Gempak sempat menghubungi pengurus Shafiq Kyle, Shawn Amir yang turut memberikan jawapan serupa.
“Bukan, bukan majlis Syafiq dan Mimi,” jawabnya.

Sementara itu, Mimi turut memuat naik permohonan maaf di ruangan IG storynya selepas menyedari foto tersebut telah menimbulkan kekeliruan.

"hi, semua saya minta maaf. Berkenaan foto terbaru itu saya hanya meraikan sepupu kesayangan saya yang bernikah pada hari ini.

"Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya. Jangan risau kalau ada berita gembira pasti saya akan kongsikan dengan semua orang pada masa akan datang," katanya.

Mimi dan Syafiq dikatakan kembali bercinta apabila masing-masing mula memuat naik foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing bermula April lalu.
Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini memutuskan hubungan mereka kerana tidak ada persefahaman.
Apapun, kita doakan semoga hubungan Mimi dan Syafiq sampai ke jinjang pelamin.

#Nikah #Syafiq Kyle #Mimi Lana
;