Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Bukan Mudah Bekukan Telur, Luna Maya Dedah Proses & Kesannya – “Badan Jadi Bengkak Bila…”

Syafiqah Jalal 28/10/2022 | 11:41 MYT
Beberapa hari lalu, tular kembali kisah selebriti Indonesia, Luna Maya yang melakukan pembekuan sel telur untuk mendapatkan zuriat di masa akan datang.
Terbaharu Luna Maya memaklumkan dia telah membekukan sehingga 26 sel telur miliknya.
Menurut Luna jumlah telur yang dibekukan sudah melebihi sasaran doktor dan kini harus disimpan rapi di bawah pengawasan ketat.
“Sebanyak 26 sel sudah berjaya saya bekukan, cuma tak tahulah semuanya bagus atau tak.
“Doktor juga memaklum kesemua 26 sel itu okey dan proses berjalan lancar,” katanya.
Luna mendedahkan perkara itu di Youtube milik Nikita Mirzani baru-baru ini.
Mengimbau kembali proses pembekuan telur yang dilakukan oleh Luna sejak tahun lalu itu, dia pernah mendedahkan cabarannya dalam proses menghasilkan telur berkualiti.
Luna mengaku ada kesan yang perlu ditanggung terhadap tubuh badannya.
" Suntik hormon, badan jadi bengkak, terus mood-nya naik turun. Itu saja enggak ada yang lain," katanya.
Luna Maya berkongsi perkara itu di YouTube Intens Investigasi.
Tambahnya lagi, selesai menjalani pembekuan sel telur, dia disarankan untuk banyak berehat.
" Selama 10 hari cuma suntik hormon dan berehat saja," ceritanya.
Luna menjalani pembekuan sel telur kerana ingin memiliki anak di masa akan datang. Tidak tahu bila perancangan untuk mendirikan rumah tangga, jadi cara ini menjadi salah satu pilihan yang dianggap terbaik.
Sekadar info, telur yang dibekukan kemudiannya akan dicairkan, disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim jika diingini pada masa hadapan.
#Luna Maya #Proses #Bekukan Telur #Kesannya
;