Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan Mudah Bercakap Hal Ehwal Agama Pada Akhir Zaman - PU Amin Dapat Tauliah Berceramah Selama 3 Tahun

Amri Hassan
05/10/2020 13:51 MYT
Pendakwah bebas PU Amin meluahkan rasa syukur diberikan pentauliahan untuk mengajar dan berceramah di sekitar Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran selama tempoh tiga tahun hingga 2023.

Kongsi PU Amin menerusi Instagramnya, dia memperoleh pentauliahan itu dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.

"Alhamdulillah. Nak dapat ni kena temuduga dan tapisan yang sangat hebat.

"Bukan mudah untuk bercakap hal ehwal agama pada akhir zaman ini.

" Proses dapat tauliah juga sangat ketat. Maka bila dah diberi kepercayaan oleh pihak berkuasa, perlu kita gunakan dengan sebaiknya," tulisnya.

Alhamdulillah. Nak dapat ni kena temuduga dan tapisan yang sangat hebat. Bukan mudah untuk bercakap hal ehwal agama pada akhir zaman ini. Moga apa yang kita sampaikan mengikut kehendak Allah dan Rasul nya. Proses dapat tauliah juga sangat ketat. Maka bila dah diberi kepercayaan oleh pihak berkuasa, perlu kita gunakan dengan sebaik nya. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kerja dakwah di dunia ini. ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


PU Amin turut berharap ilmu yang bakal disampaikan boleh menjadi pedoman dan diamalkan.

"Moga apa yang kita sampaikan mengikut kehendak Allah dan Rasulnya.Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kerja dakwah di dunia ini," tambahnya.

Menerusi surat yang dilampirkan bersama entri terbabit, PU Amin diingatkan agar tidak mengajar atau menyebarkan apa-apa ajaran bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah, PU Amin dilarang menyentuh perkara berhubung dengan kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja sebagai ketua agama Islam sesebuah negeri.

Selain itu, PU Amin tidak boleh menyentuh hal-hal peribadi mana-mana individu, tidak menghina pihak berkuasa agama dan mematuhi segala peraturan yang dikenakan.

Sebelum ini pada November 2019, PU Amin diberi pentauliahan untuk mengajar agama di Negeri Sembilan.
#PU Amin #Ceramah #Wilayah Persekutuan
;