Anak perempuan kepada chef terkenal, Chef Wan, Serina Redzuawan membuat pengumuman untuk berhijab sepenuhnya sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Pelakon dan usahawan Serina berkongsi penghijrahannya itu pada satu entri di Instagramnya beserta beberapa keping gambar dia sudah bertudung sepenuhnya.

"Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan I dah berhijab sepenuhnya.

Memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar, serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang," tulis Serina.

Serina juga berterima kasih kepada Ustazah Asma' Harun yang banyak memberikan inspirasi serta ilmu kepada dirinya.

Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan i dah berhijab sepenuhnya, memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar , serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang. Terima Kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi Inspirasi & ilmu. Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on



"Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna," tulis Serina lagi.

Sama-sama kita doakan untuk Serina dan untuk diri kita juga.

Kredit Gambar: Instagram