“Bukan Mudah Tapi…”- Ellie Suriaty & Azri Iskandar Sah Cerai Talak 1
Syafiqah Jalal
17/05/2022 05:19 MYT
17/05/2022 05:19 MYT
Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar pada jam 9.34 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Menurut Ellie, 52, dia dan bekas suami yang mendirikan rumah tangga selama 19 tahun itu akui sebak dan mengalirkan air mata selepas lafaz cerai berkenaan dibuat.
“Sebenarnya saya yang membuat permohonan cerai pada 22 April iaitu pada Ramadan lalu. Saya hanya mahu bercerai dengan cara baik.
“Perasaan tu sebak sebab bukan mudah untuk kami selepas lama hidup bersama. Ketika pertama kali Azri hendak melafazkannya itu dia juga sebak dan tidak dapat melafazkannya dengan mudah.
“Pihak mahkamah memintanya untuk bertenang dan menarik nafas. Dia juga mengambil masa untuk melafazkannya,” katanya kepada Gempak.
Ellie dihubungi Gempak selepas berita perceraiannya mula dihidu media.
Pun begitu, Ellie reda dengan apa yang berlaku dan dalam masa yang sama masih menjaga hubungan baiknya dengan Azri demi anak-anak mereka Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.
“Apa yang berlaku ini dengan izin Allah. Ia adalah satu perjalanan hidup. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.
“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Mungkin sampai sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.
Ellie masih lagi menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali selepas terlibat sebagai konsultan untuk pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess oleh Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.