Hiburan
"Bukan Nak Berkira But You Have To Know Sama-Sama Cari Makan .." - Shima Anuar Kesal Dengan Sikap Peniaga Yang Minta Buat Review
Pelakon Shima Anuar mendedahkan pernah ada peniaga memintanya untuk membuat 'review' yang bersungguh-sungguh di Instagram namun harga barang merela tidak masuk akal.
Menurut Shima dia lebih menggemari peniaga yang tidak memaksa memandangkan mereka sama-sama mencari rezeki.
"Saya suka kalau peniaga-peniaga yang macam ni. Bukan dengan cara memaksa.
"Sometimes, hantar barang tak seberapa, tapi minta iklan/review melampau-lampau, tak masuk akal.
"Contoh, charge untuk 1 iklan/review RM1000, tapi awak takda budget, awak nak bagi barang awak yang harga rm100.
"Tapi minta iklan/review macam awak bayar RM3000. Cannot la.
"Bukan nak berkira, but you have to know, sama-sama cari makan kan. So faham-faham sendiri la," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya beserta 'screenshot' perbualan bersama peniaga yang meminta dirinya membuat 'review' tanpa paksaan.
Di samping itu, Shima menyatakan dia tidak kisah untuk membuat 'review' secara percuma berulang kali jika barang atau servis yang diberikan baik.
"And saya sendiri pun bukan sejenis yang berkira.
"Kalau ada barang/service yang bagus, saya tak kisah pun review secara percuma. Ada tu berkali-kali saya promote.
"Cumanya, bila awak nak minta tolong orang, jangan buat orang tu rasa annoying.
"Insya-Allah. mesti orang tu tolong," tulisnya lagi.