,
Berita

“Bukan Nak Buat Baju Raya Ya…”- Isteri Atu Zero Perlukan Volunteer Tukang Jahit Segera Untuk Siapkan Baju Pelindung Petugas Hospital

Syafiqah Jalal
02/04/2020
06:35 MYT
Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari yang sedang membantu menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital akui memerlukan lebih tenaga tukang jahit dengan kadar segera.
Menurut Shafeeqa, dia sedang mencari pihak kilang yang boleh membantu secara sukarela untuk menjahit PPE dengan kuantiti yang banyak dalam kadar segera untuk Hospital Sungai Buloh.
BACA: “Terima Kasih Tolong Saya Cari Kakak Ni…” - Isteri Atu Volunteer Jahit Pelindung Kepala & Kasut Petugas Hospital
“Okey, ini untuk Hospital UiTM Sg. Buloh. Kami memerlukan tenaga jahit yang banyak dan boleh dapat dengan kadar segera.
“Siapa ada kilang produce baju PPE, bukan nak buat baju raya ya... Boleh whatsapp saya.
“Memang kilang tak boleh buka waktu ini tapi kami cuba untuk dapatkan pelepasan.
“Kalau nak jahit di rumah limited space... kami perlukan dalam kuantiti yang banyak. Tolong kami... untuk frontliner negara...” tulisnya.
Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini Shafeeqa yang juga tukang jahit telah menjahit sendiri semua PPE dan menyalurkan kepada hospital-hospital yang memerlukan ketika frontliners sedang membantu merawat pesakit COVID-19 di Malaysia.
Usahanya itu mendapat pujian ramai dan dilihat sangat murni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Hiburan

Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

gempak
10/09/2024
03:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu mengakui dia kini tidak kisah dengan bayaran malah pernah membuat persembahan secara percuma.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.