Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Bukan Nak Jadi ‘Hero’, Aliff Syukri Enggan Tambah Bara Api - “Takkan Saya Sebagai Pasangan Nak Ikut Beremosi”

Asyraf Roslan 29/04/2025 | 06:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan kononnya dia cuba menjadi ‘hero’ ketika isu melibatkan keluarganya sedang hangat diperkatakan netizen baru-baru ini.
Menurut Aliff, tindakannya ketika itu hanyalah untuk menenangkan keadaan terutamanya isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang sedang beremosi.
“Waktu kata mengawal keadaan itu tidak, namun sewaktu saya tengah buat live isteri saya sedang beremosi jadi takkan saya sebagai pasangan juga mahu ikut beremosi.
“Sebab itu saya cuba menenangkan dia agar dia tidak melakukan sesuatu yang boleh menambahkan lagi bara, sebab saya tahu live itu sedang direcord. Kalau saya mengamuk dia juga akan menenangkan saya,” katanya.
Dalam masa yang sama, Aliff turut berkongsi tujuannya memuat naik video perjalanan hidupnya bersama Shahida.
Jelasnya, video tersebut bukanlah untuk menyentuh isu kontroversi semasa sebaliknya bagi menghargai sokongan besar isterinya dalam membina empayar perniagaan.
“Dan bercakap mengenai perkongsian video perjalanan hidup saya dan isteri bukan menyentuh tentang isu ini.
“Saya cuma mahu tunjukkan kepada umum perniagaan ini dimulakan oleh saya tetapi dalam mengecapi kejayaan dalam perniagaan isteri saya yang banyak membantu saya.
Dia bukan sekadar datang untuk goyang kaki dan mengharapkan duit saya,” ujarnya.
Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian daripada warganet apabila dilihat begitu tenang dalam menenangkan isterinya, Datin Seri Shahida ketika sedang ‘live’ di TikTok.
Malah warganet juga tersentuh melihat perkongsian Aliff yang berkongsi video pendek perjalanan hidupnya bersama isteri ketika awal pembabitan dalam dunia perniagaan.
#Datuk Seri Aliff Syukri #Bonda Rozita #Datin Seri Shahida