Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Nak Kata Jadi BFF Dan Sebagainya… Sekadar Tak Nak Berpanjangan” - Neelofa

Izwan Isa
10/11/2023 06:25 MYT
Pengacara Neelofa mendedahkan, jika diberi ruang dan peluang untuk berdamai dengan pelakon Nur Fazura, dia akan menyambutnya dengan hati yang lapang.

Katanya, dia percaya Fazura juga mahukan perkara yang serupa memandangkan kedua mereka kini sudah mempunyai keluarga.

BERITA TRENDING: “Saya Sedia Berdamai” - Neelofa Mahu Tamatkan Konflik 13 Tahun Dengan Fazura

“Diberi ruang dan peluang untuk berdamai, berbaik dan move forward daripada isu-isu yang lepas, saya akan sambut dengan hati yang baik dan hati lapanglah insya-Allah.

“Dan saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama, having said kita pun dua-dua dah ada family dah ada anak. Masing-masin pun nak letak ke belakang jauh benda yang lama dan ke depan.

BERITA TRENDING: “Izin Suami Dengan Siapa Faz Wajar Berkawan Juga Wajib Diberikan Keutamaan” - Fazura

“Bukan nak kata jadi BFF dan sebagainya… oh tidak. Tapi cukup sekadar kita membuka chapter yang baharu, dan moga dengan ini follower masing-masing, fans masing-masing dan netizen di luar sana boleh ambil kebaikan daripada apa yang kita buat, dan meninggalkan segala benda yang tidak baik macam tu lah,” katanya kepada sebuah program hiburan.

BERITA TRENDING: "Naratif Perang Dingin Tak Betul, Tak Pasti Niatnya Apa" - Fazura

Terdahulu, Neelofa menyatakan rasa keterbukaan hati untuk berbaik dengan Nur Fazura. Begitupun, tanpa menyebut nama, Fazura memberikan kenyataan mengenai dengan siapa dia ingin berkawan dan mahu memberikan perhatian pada keluarga serta kerjaya.

#Neelofa #Nur Fazura
;