Gelagat seorang pemanggil dalam rancangan Sahabat Ramadan yang dikendalikan oleh Fahkrul UNIC baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Pemanggil yang bernama Mohd Ilham, 12, itu membuatkan Fakrul bersama dua lagi pengacara, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman dan Farhatul Fairuzah tidak dapat menahan ketawa ketika bersiaran.



Pada mulanya, Fakhrul bertanya tentang nama pemanggil, kemudian Ilham enggan menyebut namanya kerana ia sudah tertulis di kaca televisyen.

"Ya... Siapa Ni?" tanya Fakhrul.

"Bukan dah ada taip kat TV ke?" jawab Ilham.

Dengan respon bersahaja, Fakhrul membalas.

"Oh bukan ada kat TV? Bacalah sendiri dia kata" selorohnya.

Perkara itu membuatkan mereka bertiga serta krew belakang tabir tak mampu menahan ketawa sehingga terpaksa menayangkan iklan.

"Saya perhati je budak ni jawab.. Barai, satu studio, krew dan cameraman semua dah gelak, FM Syazwan Nordin lari keluar studio, member dua-dua dah tahan gelak teruk, try control lagi. Akhirnya mana tahan, terus terpaksa throw iklan, padahal belum lagi patutnya," tulis Fakhrul di Instagram.

sy perati je dak ni jawab..barai, satu studio, krew2 cameraman smua dh gelak..FM @syazwannordin lari keluar studio..member dua2 dh tahan gelak truk, try control lg..last2 mana tahan..terus trpaksa throw iklan, padahal belum lg patutnya ? . . #sahabatramadan minggu last dah..setiap hari 5.30 ptg di astro oasis k . . . @tarmiziabdrahman @farhatulfairuzah @abdulkarimalmakki

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on


Sahabat Ramadan yang kini memasuki minggu terakhir ditayangkan setiap hari di Astro Oasis dan platform Gempak pada jam 5.30 petang.