"Bukan Nama Ada Kat TV Ke?" - Gelagat Pemanggil Ini Curi Perhatian, Satu Studio Tahan Ketawa Gara-Gara...

Asraf Aided
Mei 20, 2020 08:13 MYT
Gelagat seorang pemanggil dalam rancangan Sahabat Ramadan yang dikendalikan oleh Fahkrul UNIC baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Pemanggil yang bernama Mohd Ilham, 12, itu membuatkan Fakrul bersama dua lagi pengacara, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman dan Farhatul Fairuzah tidak dapat menahan ketawa ketika bersiaran.
Pada mulanya, Fakhrul bertanya tentang nama pemanggil, kemudian Ilham enggan menyebut namanya kerana ia sudah tertulis di kaca televisyen.
"Ya... Siapa Ni?" tanya Fakhrul.
"Bukan dah ada taip kat TV ke?" jawab Ilham.
Dengan respon bersahaja, Fakhrul membalas.
"Oh bukan ada kat TV? Bacalah sendiri dia kata" selorohnya.
Perkara itu membuatkan mereka bertiga serta krew belakang tabir tak mampu menahan ketawa sehingga terpaksa menayangkan iklan.
"Saya perhati je budak ni jawab.. Barai, satu studio, krew dan cameraman semua dah gelak, FM Syazwan Nordin lari keluar studio, member dua-dua dah tahan gelak teruk, try control lagi. Akhirnya mana tahan, terus terpaksa throw iklan, padahal belum lagi patutnya," tulis Fakhrul di Instagram.
Sahabat Ramadan yang kini memasuki minggu terakhir ditayangkan setiap hari di Astro Oasis dan platform Gempak pada jam 5.30 petang.
#Fakhrul UNIC #Gelak #Sahabat Ramadan