"Bukan Nama Yang Dicari & Bukan Popular Yang Di Kejar, Cukup Dapat ....." - Ali Puteh Dedah Tujuan Berada Dalam MLM 2018

Rozaimi Zubaidi
Januari 10, 2019 04:43 MYT
Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) kumpulan Puteh, Ali mengakui tidak terlalu mencari populariti untuk kekal dalam industri hiburan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ali menjelaskan tujuan utama dia terlibat dalam MLM 2018 adalah untuk menghiburkan orang ramai dengan komedi yang dipersembahkan setiap minggu.
"Bukan nama yang dicari, bukan popular yang di kejar. Cukup dapat menghiburkan anda semua.
"Itu sudah cukup besar. Jumaat ni separuh akhir Maharaja Lawak. Doakan kami dapat buat yang terbaik.
"Doakan dapat bagi idea yang best-best. Doakan tau semua," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Ali dan mereka kagum dengan pencapaiaan kumpulan Puteh setiap minggu yang menunjukkan peningkatan.
Jangan lupa menyaksikan separuh akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.
#Puteh #Pelawak #Ali #Maharaja Lawak Mega 2018