Hiburan
“Bukan Niat Nak Riak Atau Bangga Diri…” - Aliff Syukri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta, Doa Untung Lebih Banyak
Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida menyatakan rasa syukur apabila dapat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Bukan riak atau bangga diri
Menurut Shahida, jumlah yang dibayar itu adalah hasil daripada keuntungan perniagaannya yang semakin maju.Malah katanya, tujuan dia mendedahkan jumlah itu bukanlah untuk riak sebaliknya sebagai pemangkin semangat kepada syarikat lain untuk turut sama memberi zakat dan membantu pihak yang memerlukan.
“Jesteru mari lah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan. “Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak.
“Alhamdulillah selesai sudah menyempurnakan majlis penyerahan zakat di Wisma PKPS Shah alam.
“Semoga apa yang kita sumbangkan ini mampu membantu sedikit sebanyak insan yang memerlukan,” maklumnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Untuk rekod, Aliff sebelum ini pernah diisytihar antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada 2022.
ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Takut Tapi Saya Hormat Isteri” - Aliff Syukri Tolak Tawaran Berlakon Jadi Bapa Pelacur
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Nak Panggil Saya, Rate Paling Sikit RM15,000 Untuk Menyanyi” - Bayaran Tak Setimpal! Aliff Syukri Sanggup Tolak Tawaran Nyanyian Di Sebuah Konsert
ARTIKEL BERKAITAN:“Andai Kata Isteri Tiada, Saya Mungkin Tak Akan Kahwin Lagi…” - Aliff Syukri Sebak Terkenang Situasi Hampir Bercerai
ARTIKEL BERKAITAN:Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan
ARTIKEL BERKAITAN:Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"
Must-Watch Video