HIBURAN
“Bukan Niat Nak Riak Atau Bangga Diri…” - Aliff Syukri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta, Doa Untung Lebih Banyak
Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida menyatakan rasa syukur apabila dapat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Bukan riak atau bangga diri
Menurut Shahida, jumlah yang dibayar itu adalah hasil daripada keuntungan perniagaannya yang semakin maju.
Malah katanya, tujuan dia mendedahkan jumlah itu bukanlah untuk riak sebaliknya sebagai pemangkin semangat kepada syarikat lain untuk turut sama memberi zakat dan membantu pihak yang memerlukan.
Untuk rekod, Aliff sebelum ini pernah diisytihar antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada 2022.