Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dengan episod pengenalan yang disifatkan sangat kemas dengan jalan cerita menarik.

Selain itu, ramai juga memuji lakonan, sinematografi dan juga aspek teknikal yang dikatakan setanding dengan drama luar negara.

“One Cent Thief is literally one of my favourite Malaysian drama ever! No this isn’t a paid review. But I have never felt so excited and thrilled in watching a drama before.

“The storyline is well thought of. And this is just based on 2 episodes so far. Can’t wait for more!” puji Nimelesh di Twitter.

“Aku baru tengok episod 1 pun tak beralih mata dari tv. Aku suka jalan cerita dia, kemas! Dengan lakonan Syafiq Kyle takleh kata apa lah, memang mantap!

“Aku confirm siapa yang dah tengok episod 1 mesti akan tunggu sampai episod akhir lah!” coret seorang lagi netizen.

Untuk rekod, One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.

Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

Saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.