"Bukan Pakaian Saya Yang Jadi Masalah..." - Zizi Kirana Terkejut Peminat Hantar Foto Lucah Ketika...

Kamaruddin Razal
Julai 15, 2019 12:59 MYT
Penyanyi rap sensasi, Zizi Kirana mendedahkan dia menerima foto lucah pada bulan Ramadan yang lalu.
Menerusi laporan HLive, Zizi mengakui dia terkejut dan rasa seram sejuk apabila menerima foto tidak senonoh itu.
"Pada bulan Ramadan lalu, saya muncul dengan penampilan yang lebih sopan sepanjang bulan puasa. Walaupun ketika bulan Ramadan itu saya dah 'tutup semua', masih juga ada yang menghantar mesej... Ada yang nak 'tengok' pula tu.. Aduh.
"Saya juga mendapat komen yang 'macam tu' ketika bulan puasa. Siap hantar-hantar gambar... Seram akak dik... Bulan puasa, batal puasa akak," selorohnya.
Walaubagaimanapun, Zizi tidak mengambil sebarang tindakan lanjut seperti membuat laporan polis.
"Selagi ia tidak membahayakan saya atau keluarga, saya tak akan buat laporan. Sebab saya rasa orang-orang yang bersifat seperti itu adalah 'gila'.
"Nasihat saya, cukup-cukuplah. Apabila terjadi perkara itu, saya dapat lihat yang bukan pakaian saya yang jadi masalah, mereka punya 'mental' dan hati yang kotor.
"Jadi, benda itu jadi bebanan dalam hidup mereka. Padahal, orang lain hidup bahagia je. Rileks-rileks sudah, jangan buat macam tu... Tak elok," kata Zizi lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Zizi Kirana