Filem Tarantula X akan ditayangkan dipawagam rumah anda bermula hari ini.

Walaupun ada yang belum menonton filem itu namun trailer Tarantula X mendapat pujian netizen.

Rata-ratanya menyuarakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan jalan cerita hebat Tarantula X.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Eman Manan, Nam Ron, dan Adlin Aman Ramli, Tarantula X mengisahkan tentang konflik persahabatan, curang, skandel, tipu daya dan dendam yang berakhir dengan pembunuhan.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen memuji cara editing trailer yang nampak gah selain berjaya menerbitkan rasa teruja mereka menantikan filem tersebut.

Saksikan Tarantula X bermula 16 Disember (hari ini), di Astro First saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh distrim di Astro Go dan On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Sinopsis:

Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.

Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.

Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.