Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Bukan Propa, Bukan Gimik! Ya, WONDA COFFEE Tampilkan The Real M.Nasir Di Papan Iklan

Mya Amri 24/04/2035 | 08:30 MYT

Bukan biasa-biasa, produk di bawah Etika Sdn Bhd iaitu jenama minuman terkenal, WONDA COFFEE tampil dengan papan iklan yang ternyata kreatif dan menyeronokkan.

Dengan menampilkan penyanyi hebat iaitu Datuk M Nasir, iklan WONDA COFFEE ini telah menjadi bualan netizen.

Selain imej dan tanda tangan M Nasir, paparan ayat yang digunakan juga turut menarik perhatian netizen.

"Kopi Wonda kegemaran M Nasir. Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia,” tulisnya.

Tak perlu gimik, tak perlu propa, Wonda Coffee terus mengambil inisiatif untuk mempamerkan ‘The Real M Nasir’ kesayangan Malaysia di papan Billboard. Cayalah!

#Billboard #Papan Iklan #Datuk M Nasir #Wonda Coffee