Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Bukan Rezeki Kita…”- Nadya Syahera Keguguran Anak Kembar

Syafiqah Jalal 15/06/2020 | 04:11 MYT
Pelakon Nadya Syahera dikhabarkan mengalami keguguran bayi kembar.
Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Fizul Nawi.
“Bukan rezeki kita kali ni sayang… Walaupun dalam hati dah lama nak anak kembar.
“Doakan isteri saya sihat ya,” tulisnya dalam kapsyen di satu entri di Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini terbaharu itu dia turut memuat naik foto imbasan bayi mereka.
Entri tersebut bagaimana pun mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan agar Nadya terus kuat hadapi dugaan berkenaan
Fizul an Nadya berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

bukan rezeki kita kali ni yg @nadyasyahera .. walaupun dalam hati dah lama nk anak kembar. . ???? . doakan wife sy sihat ya ?? . #kegugurankandungan #babytwins

A post shared by FN®? (@fizulnawi_) on

#Nadya Syahera #Keguguran #Kembar #Suami
;