Anggota kumpulan BIGBANG, Seungri akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

Menurut Seungri, selebriti juga mempunyai perasaan dan adakalanya membuat kesilapan.

“Terima kasih kepada semua yang sanggup meluangkan masa anda untuk bersama kami.

“Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami yang melahirkan dan menjaga kami.

“Kami bukan robot, kami juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain.

“Jadi ada masanya kami juga ada membuat kesilapan tetapi perkara itulah yang membuatkan kami lebih matang.

“Belajar daripada kesilapan dan kami juga kuat kerana peminat yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada BIGBANG.

“Kami juga telah tempuhi pelbagai dugaan namun saya harap BIGBANG akan kembali bersama sebagai lima ahli.

“Ketawa, menangis dan menyanyi bersama, terima kasih dan selamat tahun baru,” katanya mewakili BIGBANG.

Seungri berkata demikian ketika konsert akhir mereka, ‘BIGBANG 2017 Concert Last Dance in Seoul’ yang berlangsung di Gocheok Sky Dome baru-baru ini.

Konsert tersebut merupakan konsert terakhir mereka sebelum menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Sumber: Soompi