“Bukan Saja Bakat Dalam Bidang Nyanyian Tapi..” - PM Zahir Ucapan Takziah Pemergian Adibah Noor

Hanafis Haris
Jun 18, 2022 17:51 MYT

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah atas pemergian penyanyi Allahyarhamah Adibah Noor yang meninggal dunia petang semalam.

Ucapan takziah itu dibuat beliau menerusi satu posting di Twitter.

“Penggiat seni tanah air Adibah Noor Mohamed Omar telah pergi menghadap Ilahi malam tadi.

“Penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam pengacaraan

“Takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Noor,” katanya.

Sekadar info, pemergian Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar terlebih dahulu dikongsikan rakan selebriti Datin Emylia Rosnaida di laman Facebooknya.

"Allahuakbar terkejut dapat berita ini, sahabat kita yang versatil baru sahaja meninggal dunia.

"Ya betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi," katanya.

Difahamkan Allahyarham Adibah menderita penyakit kanser ovari yang enggan dikongsikan kepada umum.

BACA: Adibah Noor Meninggal Dunia

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Penggiat seni tanah air Adibah Noor Mohamed Omar telah pergi mengadap Ilahi malam tadi.Penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan. pic.twitter.com/U0kOMCvnUd

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) June 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Adibah Noor #Adibah Noor Meninggal Dunia #PM Takziah Adibah