Bukan Saja Tak Jamah Nasi Sejak 9 Tahun Lalu, Syamim Farid Juga Tak Makan Daging & Ayam
Kamaruddin Razal
11/03/2020 13:45 MYT
11/03/2020 13:45 MYT
Pelakon jelita, Che Puan Syamim Farid, 29, mengakui pendedahannya yang tidak menyentuh nasi sejak sembilan tahun lalu membuatkan ramai orang terkejut.
Memulakan rutin terbabit semenjak berusia 20 tahun, Syamim sudah terbiasa untuk menikmati makanan yang tidak berasaskan nasi.
BACA: "Saya Tak Makan Nasi Dah 9 Tahun" - Syamim Farid
"Bila peminat tanya, saya hanya jawab dengan jujur sahaja. Tak sangka pula ramai yang terkejut dengan pendedahan terbabit. Ada yang memberikan pelbagai reaksi.
"Saya mula tak menjamah nasi sejak mula bersenam. Apabila saya bersenam dan mahu menjaga tubuh badan, saya juga mula mencuba untuk tidak menjamah nasi dan ia dilakukan perlahan-lahan.
"Lama-lama, saya sudah terbiasa untuk tidak mengambil nasi. Tetapi, saya masih makan seperti biasa, cuma saya menggantikan nasi dengan sumber karbohidrat yang lain serta mengamalkan cara pemakanan sihat," kata Syamim.
Naib juara Dewi Remaja 2015 ini ditemui pada majlis pelancaran jenama kosmteik Mawarose di Ryu Event Hall, di Suka Sucre Bistro, Cheras, pada Isnin.
Tambah isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Datuk Ardy Esfandiari Al-Haj ini, dia rasa beruntung kerana suaminya juga memahami.
"Suami saya faham dan dia juga seperti saya, mengamalkan cara pemakanan sihat. Cuma, menu lain seperti sambal belacan saya masih makan, cicah dengan ulam-ulaman.
"Semenjak dua tahun lalu, saya mengamalkan cara pemakanan pescatarian iaitu tidak menikmati juadah berasaskan ayam dan daging.
"Saya hanya menikmati sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat lain selain nasi serta makanan laut. Apa yang penting, saya menjaga pemakanan dan saya makan menu berkhasiat," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Syamim, Dua Takdir Cinta kini sedang hangat bersiaran di Astro Prima dan Prima HD setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.
Drama bersiri Dua Takdir Cinta turut boleh ditonton menerusi telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.