Pasangan selebriti Asyraf Khalid dan Tya Arifin sudah memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza berkenaan insiden mendedah wajah anak kedua permata hati negara itu.
Ia termasuk video yang merakamkan kunjungan ramai tetamu di hospital selepas Siti melahirkan anak kedua pada 19 April lalu sehingga menjadi tular.
“Kami berhubung dengan Mak Iti menerusi aplikasi WhatsApp dan juga panggilan telefon kerana belum berkesempatan untuk bertemu dengannya.
“Hubungan kami baik-baik sahaja cuma Mak Iti berpesan untuk menjadikan insiden itu sebagai iktibar.
“Bukan salah Mak Iti, bukan salah siapa-siapa, salah itu datang pada kami.
“Kami dengan ikhlas hati ingin memohon maaf jika isu ini mengguris hati banyak pihak.
“Kami harap isu ini tidak dipanjangkan lagi dan mak Iti dapat berpantang dengan tenang,” ujarnya.
Asyraf ditemui ketika majlis berbuka puasa bertempat di Wisma Mutyara, Puchong hari ini.
Jelas Asyraf lagi, pihaknya juga sudah memadamkan video berkenaan di seluruh platform media sosial.
“Kami menyedari kekhilafan kami... Kami juga telah memadamkan video berkenaan.
“Sejujurnya insiden ini membuatkan menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati di masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, nama Asyraf dan Tya menjadi hangat selepas perkongsian video di laman YouTube mereka memaparkan suasana di hospital selepas Siti bersalin.
Video itu juga menimbulkan perdebatan netizen mengenai pelanggaran SOP.
Mya Amri
Fri Apr 23 2021


Pilihan Sabtu: Siti Tak Kritik Tak Tunjuk Wajah Anak, Sufian Masih Mencari? Siapa Yang Mesra Dengan Anak HIV & AIDS?
Apa cerita Sabtu?
.jpg?ext=.jpg)
Berjanji Dengan Syaitan Untuk Dapat Gadis Idaman, Filem Tumbal Musyrik Masuk Malaysia!
Ini merupakan filem pertama terbitan Maxstream Original yang akan ditayangkan di Malaysia selain Thailand, Brunei dan Singapura.

Ibu Maia Estianty Akui Tak Senang Bila Anaknya Mahu Bernikah Dengan Ahmad Dhani - “Perasaan Saya Tak Enak”
Naluri seorang ibu

Dapat Anak Perempuan Lagi, Ed Sheeran Umum Kelahiran Bayi Keduanya
Girl gang!

Anak Menangis Takut Nampak 'Friend' Atas Almari, Hafiz Mahamad; "Ada Yang Kata Ini Akibat Menunjuk"
Sedih tengok nasib keluarga Hafiz dan Aina yang selalu diganggu.
.jpg?ext=.jpg)
Viral Di Dinding Bangunan KL & JB, Ada Apa Dengan Grafiti Mobile Legends Bang Bang?
Ada QR Code tersembunyi?

“Saya Pun Ada Pilihan…”- Kongsi Wajah Anak, Hak Ibu Bapa Masing-Masing
Comel je tengok Aafiyah & Afwa

Sufian Suhaimi Keluar Makan Dengan Pengurus, Bukan Kekasih - “Saya Masih Mencari..”
Jangan kecewa girls.

Lelaki Homoseksual Lebih Ramai Hidap Cacar Monyet!
Jangkitan cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks, lapor Daily Mail.

“Jejak Jer Kaki Ke Liang Lahad, Hati Saya Berdebar” - Jadi Penggali Kubur, Aweera Bawa Watak Kejam?
Jangan lupa saksikan drama Cangkul malam ni!