Hiburan
"Bukan Sejenis Hadir Majlis Tanpa Diundang" - Throwback Kenangan Naik Stage AJL32, Iqram Dinzly Layangkan Ucapan Buat Juara Tahun Ini
Jika tahun lepas, kemunculan pelakon Iqram Dinzly di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 mencuri perhatian ramai, tahun ini tiada langsung kelibatnya di acara hiburan itu.
Selepas pelbagai persepsi timbul, jelas Iqram, dia bukan seorang artis yang hadir ke majlis tanpa jemputan.
"Dan cukuplah terang lagi bersuluh Iqram Dinzly bukan sejenis hadir majlis tanpa diundang!
"Tahun lepas atas tiket @tontonmy dijemput bagi wakil pergi iaitu @prinxchiqydinzly datang.
"Pelbagai persepsi terundang. Namun sejarah tidak mungkin berulang! #fullstop," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Tahun lalu, Iqram yang berjaket kuning dan berserban hitam bertindak spontan naik ke pentas AJL selepas lagu Jampi (Hael Husaini) diumumkan sebagai juara.
Pada mulanya, pelakon itu hampir naik ke pentas ketika Altimet menyanyikan lagu Amboi Amboi Amboi namun dihalang oleh kru bertugas.
Iqram bagaimanapun telah membuat permohonan maaf berhubung perkara terbabit.
Dalam pada itu, Iqram turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat pemenang AJL tahun ini iaitu Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Misha Omar dan Sufian Suhaimi.
AJL33 menyaksikan lagu Haram milik Hael dan Dayang dijulang sebagai juara disusuli Bunga (Ara Johari) di tempat kedua dan Sampai Bila (Misha Omar) kedudukan ketiga.
Lagu Di Matamu (Sufian Suhaimi) pula dinobatkan sebagai persembahan terbaik AJL33.
Must-Watch Video