Laman Utama

“Bukan Sekadar Lakonan, Kami Turut Menitikberatkan Jalan Cerita…”- Astro Tampilkan Drama-Drama Hebat Sepanjang Ramadan

gempak
Syafiqah Jalal
24/03/2022
04:14 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Sekadar Lakonan, Kami Turut Menitikberatkan Jalan Cerita…”- Astro Tampilkan Drama-Drama Hebat Sepanjang Ramadan
Sempena kempen menyemarakkan Semangat Lebaran Kita untuk bulan Ramadan ini, stesen penyiaran, Astro akan memeriahkan platform-platform televisyen, radio, aplikasi dan digital untuk sajian penonton.
Ia bakal menampilkan pelbagai bentuk rancangan baharu yang berkualiti merangkumi pengisian dalam pelbagai genre seperti drama, komedi, kerohanian, pembelajaran, serta rancangan antarabangsa dan On Demand.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata Astro sekali lagi mempertaruhkan drama-drama baharu seperti Jangan Menangis Cinta di slot Megadrama yang dibintangi Amyra Rosli dan Remy Ishak serta Dendam Seorang Isteri adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’ yang dibintangi Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh.
“Bukan sekadar dari segi lakonan, kami juga menitikberatkan jalan cerita drama yang memberi dimensi yang lebih mendalam, dan mencerminkan pelbagai corak representasi lapisan masyarakat sebenar.
“Antara jalan penceritaan yang diketengahkan adalah seperti kisah anak syurga, pengkhianatan dan dendam, serta penderaan rumahtangga,” katanya.
Azlin ditemui ketika majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro yang berlangsung di restoran De.Wan 1958 by Chef Wan di The Linc KL, Kuala Lumpur semalam.
Jangan Menangis Cinta’, terbitan SR One adalah penterjemahan layar nukilan Siti Rosmizah Semail, penulis ternama yang juga menghasilkan karya-karya hebat sedang bersiaran di Slot Megadrama saluran Astro RIA HD (104) setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
Sementara drama adaptasi drama bersiri Korea, Dendam Seorang Isteri pula sudah mula bersiaran di Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.
Bagi memeriahkan lagi kempen Ramadan 2022, Astro juga telah melantik duta-duta Semangat Lebaran Kita yang akan berinteraksi dengan penonton di laman jaringan sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka.
“Duta-duta yang kami pilih seperti Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafiy Ilhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin & Ipin. Sepanjang bulan Ramadan 1443H, Astro terus berusaha menyajikan pengisian menarik lagi istimewa setiap hari buat tatapan rakyat Malaysia yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana jua, pada bila-bila masa,” beritahunya.
Kemeriahan Semangat Lebaran Kita juga turut diserukan dengan pengisian segar lagi original. Gempak akan membawakan sebuah drama komedi yang mengisahkan tentang Kak Aspalela, seorang penjual Nasi Beriani Gam yang disukai ramai.
Kak Aspalela akan disiarkan di gempak.com setiap Rabu, jam 9.30 malam bermula dari 30 Mac. Barisan pelakon yang akan menjayakan drama ini terdiri daripada Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong dan Sharifah Aryana.
Gempak juga tampilkan kemunculan terakhir Allahyarham Mamat Khalid di kaca TV, ‘Warung Pak Jabit’, pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 11 April, jam 6.00 petang.
Melalui program ini, Allahyarham Mamat Khalid bersama anaknya Adam akan memperkenalkan menu-menu resipi tradisional yang telah lama dilupakan kaedah pembuatannya sambil diselangkan dengan adegan-adegan lucu dan watak-watak popular daripada karya-karya beliau yang terdahulu. Siri ini turut diarahkan oleh salah seorang anak Allahyarham, Amen Khalid.
Demi menyemarakkan fitrah Ramadan tahun ini, saluran Astro Oasis HD (106) bakal membawa satu pendekatan baharu dalam mengimarahkan masjid-masjid bersama rancangan berbentuk travelog ‘Rockstar Ke Masjid’ yang akan bersiaran pada setiap Selasa bermula dari 5 April, jam 7.30 malam.
Saluran Astro Oasis juga akan kekal meneruskan rancangan sedia ada bersama Fakhrul dalam program ‘Tazkirah Malam Jumaat’, setiap Khamis, jam 9.00 malam, bagi menghuraikan persoalanpersoalan berkenaan dakwah, akidah dan tauhid. ‘Geng Ngaji’ juga akan kembali lagi untuk musim ketiga yang akan bersiaran pada setiap hari, dari 3 April - 2 Mei, jam 5.30 petang.
Peminat Chef Wan akan dapat bersama beliau lagi sepanjang bulan Ramadan ini di Saluran Astro Oasis HD (106), melalui rancangan ‘Kembara Chef Wan’, pada setiap Rabu, mulai 6 April, jam 7.30 malam. Kali ini pengembaraan Chef Wan akan membawa penonton menerokai keindahan dunia makanan, budaya dan warisan di negara-negara Timur Tengah.
Peminat Chef Wan akan dapat bersama beliau lagi sepanjang bulan Ramadan ini di Saluran Astro Oasis HD (106), melalui rancangan ‘Kembara Chef Wan’, pada setiap Rabu, mulai 6 April, jam 7.30 malam. Kali ini pengembaraan Chef Wan akan membawa penonton menerokai keindahan dunia makanan, budaya dan warisan di negara-negara Timur Tengah.
Tidak ketinggalan, khas untuk kanak-kanak, Saluran Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631) akan mengetengahkan sebuah siri animasi baru ‘Hafiz dan Hafizah’ yang bakal membawa anak-anak mengembara bersama pasangan kembar Hafiz dan Hafizah berserta rakan-rakan mereka pada setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula dari 11 April, tepat jam 7.30 malam.
Spin-off ‘Salam Skuad’ juga akan kembali pada setiap Jumaat, bermula dari 15 April, jam 3.00 petang. Sementara itu, Astro First juga akan mempersembahkan 6 buah tajuk pengisian yang segar dan orginal dalam pelbagai genre drama dari romantik komedi, seram, misteri fantasi dan aksi, khas buat hiburan pelanggan Astro sepanjang Ramadan ini seperti Autumn In Wales, Spirit Walker, Kedai Antik Wak Jambi, Rumah The Movie, Gila Gusti dan Jaga-Jaga Senarioreunion.
Bagi menyahut seruan kempen ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk Ramadan 1443H, jenama-jenama Astro Radio seperti ZAYAN, ERA, SINAR dan GEGAR turut menyajikan pengisian yang bersesuaian dengan sambutan bulan mulia ini.
Sempena dengan sambutan Ramadan and Syawal 1443H, Go Shop juga telah melancarkan kempen ‘Salam Ramadan Bersama Go Shop’ sehingga 10 April.
Berslogankan ‘Sambutan Lebih Kepelbagaian’, Go Shop menawarkan Diskaun Berganda sehingga RM50 di mana apabila pelanggan menggunakan kod promo ‘GS25’, pembelian pertama membolehkan pelanggan mendapat potongan RM25, dan potongan tambahan RM25 akan diberi untuk pembelian seterusnya. Juga ditawarkan Baucar Kejutan 11.00 pagi dan Promosi Kejutan 9.00 malam, setiap hari!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024