Sejauh mana hebatnya tempat anda bekerja sekarang? Jika anda fikir suasana dan kelengkapan sudah terbaik, tunggu hingga anda melihat fasiliti disediakan syarikat Huawei.

Semua tahu Huawei merupakan syarikat telekomunikasi, pengeluar telefon pintar nombor dua di dunia, namun apa yang kebanyakan orang awam tidak tahu Huawei sebenarnya mempunyai ratusan ribu pekerja di seluruh dunia.

Malah, di China sahaja, mereka mempunyai berpuluh ribuan pekerja! Jadi apa yang menarik tentang kampus ini?

Bermula Dari Kawasan Kampung



Secara dasarnya kampus besar turut dikenali sebagai Ox Horn yang terletak di Dongguan, China menjangkau sembilan kilometer persegi.

Namun apa yang paling menariknya, ia hanya bermula daripada kawasan kampung yang telah berkembang menjadi 'Silicon Valley of China'.

Siapa sangka dari kawasan kampung ini, ia kini menjadi satu fasiliti yang besar hingga mampu menempatkan berpuluh ribuan pekerja

Munculnya 12 Bandar Eropah!



Pertama sekali yang anda akan nikmati adalah, anda akan berasa seperti melangkah ke Eropah!

Kompleks ini dibahagikan kepada 12 ‘bandar’ yang menyerupai bandar-bandar di Eropah, termasuk Paris di Perancis, Verona di Itali, Bruges di Belgium, dan Granada di Sepanyol.

Mungkin disebabkan fasiliti hebat inilah berpuluh ribuan pekerja di Ox Horn setia untuk berkhidmat dan menghasilkan teknologi inovatif dan produk untuk Huawei.

PENERAJU 5G!



Anda mungkin kenal Huawei pada penghasilan telefon pintar, namun Huawei sebenarnya lebih daripada itu.

Mereka kini adalah world leader in 5G teknologi yang akan menjadi masa depan Internet untuk Segalanya (IoT).

Rangkaian 5G ini jugalah akan membawa kita kepada pembentukan rumah pintar dan bandar pintar! Semuanya dikuasakan dengan 5G!




Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo sendiri mahu Malaysia menjadi lebih maju menerusi infrastruktur Teknologi Generasi Kelima atau lebih dikenali sebagai 5G ini.

Selain teknologi robotik, 5G mampu meningkatkan keupayaan kita untuk mengambil bahagian dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Ia akan membawa inovasi yang akan memberi impak besar kepada hampir setiap sektor termasuk pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan, hiburan dan keselamatan awam.

Untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman memasuki kampus ini, apa kata anda tonton video di bawah.