Penyanyi rap Kmy Kmo berjaya mencuri tumpuan ramai apabila secara bersahaja melaungkan azan.

Perkara itu dikongsi Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim menerusi satu posting di Instagramnya.

Menurut Kmy dia bersama isteri dan anak-anak bakal memasuki rumah baru dan ia perlulah diazankan.

“Rapper azan + bawa family pindah rumah baru.

“Terima kasih Abah untuk petua yang sentiasa dibawa bersama hingga kini.

“Alhamdulillah syukur rezeki Allah untuk Isteri dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya kagum dengan kebolehan Kmy yang bukan saja hebat melontarkan bait-bait lirik rap, malah turut mampu mengalunkan azan.

“Merdunya suara abang Kmy Azan”.

“Bukan sembarangan rapper ni”.

“Macam suara azan alunan Makkah, memang idola”.

“Siapa kata rapper tak reti Azan,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, melaungkan azan kerap diamalkan apabila pertama kali masuk ke rumah baharu atau sewa.

Tujuannya adalah untuk menghalau makhluk halus atau jin yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Pada masa sama orang ramai juga boleh mengamalkan empat cara yang disarankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Antaranya termasuklah membaca Surah al-Baqarah, menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah, membaca bismillah, berzikir dan berdoa, serta memberi salam.

Anda boleh lihat penjelasan penuh di sini.

A post shared by Kmy Kmo (@kmy__kmo)