Pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin menjelaskan bukan semua keputihan yang dialami wanita adalah penyakit.

Menerusi program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda episod sembilan malam tadi, Dr. Imelda mengatakan wanita tidak perlu berasa risau seandainya keputihan yang dialami tidak begitu serius.

"Sekarang ini banyak produk di pasaran yang mendakwa bahan-bahan yang mereka gunakan dapat merawat atau mengurangkan keputihan.

"Wanita harus faham, bukan semua keputihan adalah penyakit, ia satu perkara normal untuk wanita.

"Jika keputihan itu menyebabkan kegatalan atau keluar terlalu pekat, tebal dan berbau, itu barulah dinamakan penyakit,"
katanya dalam program tersebut.


Dua selebriti popular, Fauziah Latiff dan Sharifah Shahirah diundang sebagai tetamu jemputan bagi turut membincangkan topik Haid & Keputihan malam tadi.

Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin dan beberapa tetamu undangan setiap minggu.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).

Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.