"Bukan Semua Orang Mampu Buat Cam Ni" - Netizen Puji Cara Syafie Naswip Layan Ibu Bapa

Kamaruddin Razal
Disember 17, 2018 13:28 MYT
Pelakon yang memegang watak Mat Dan dalam filem Polis Evo 2, Syafie Naswip mendapat pujian netizen.
Memuat naik video dirinya bersama ibu di laman sosial Instagram, Syafie berkongsi saat mesra bersama ibu bapa dengan peminatnya.
"Sometimes you don't realize the value of a moment until it becomes a memory," tulisnya.
Rata-rata peminat memuji saat manis yang ditunjukkan oleh pelakon filem Muhsin itu.
Mereka juga kagum melihat cara Syafie yang begitu ikhlas melayan ibu dan bapanya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Syafie, Polis Evo 2 sedang hangat ditayangkan di pawagam!
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem aksi paling hebat 2018. Jaga jaga boh!
#Polis Evo 2 #Syafie Naswip