Hiburan

Bukan Semua Suka Lawak Saya? Itu Lumrah Manusia - Harith Iskander

gempak
Kamaruddin Razal
14/12/2016
05:38 MYT
Sponsor Banner
Bukan Semua Suka Lawak Saya? Itu Lumrah Manusia - Harith Iskander
Pelawak dan pengacara, Harith Iskander akui menjadi lumrah manusia apabila tidak menyukai lawaknya sehingga memberikan kritikan negatif.
Menurut Harith, kritikan tersebut tidak melemahkan semangatnya jauh sekali berkecil hati kerana setiap orang mempunyai selera yang berbeza-beza.
"Sebagai contoh saya tak suka durian, tapi beribu-ribu orang suka makan durian. Itu bermakna durian itu sedap untuk orang lain tapi bukan selera saya.
"Begitu juga dengan lawak, apa yang saya buat ada yang suka, ada yang kurang gemar.
"Kalau saya ambil peduli dengan kritikan dan memikirkannya terlalu serius, kemungkinan untuk meraih manusia paling lucu di dunia tidak tercapai," kata Harith ditemui Astro Gempak setelah pulang dari Finland selepas berjaya meraih Anugerah Lelaki Paling Lucu Di Dunia dan membawa hadiah wang tunai lebih RM400,000.
Tambah Harith lagi, untuk menjadi pelawak solo yang profesional perlu rajin membaca dan membuat rujukan dari serata dunia.
"Idea yang saya peroleh bukan datangnya secara spontan, sebelum wujudnya gelombang internet saya gemar membeli buku berkaitan lawak solo di luar negara menerusi kawan-kawan.
"Selain daripada buku, saya membuat rujukan menerusi kaset, CD, DVD dan pelbagai medium yang sesuai agar lawak saya segar dan bersahaja.
"Apa-apa pun kemenangan saya adalah kejayaan semua rakyat Malaysia dan saya berjaya buktikan yang negara kita mempunyai pelawak profesional bertaraf antarabangsa,” katanya.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live