HIBURAN
"Bukan Semua Tiri Itu Jahat" - Shila Amzah Titip Kata-Kata Buat Ubai
Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan penghargaan terhadap suaminya, Ubai, menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Rabu.
Dalam perkongsian tersebut, Shila menyifatkan Ubai sebagai seorang suami yang bukan sahaja penyayang dan bertanggungjawab, malah sentiasa membimbing dirinya dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.
“Thank you sebab selalu betulkan saya seandainya saya salah. Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana kita saling hormat menghormati,” tulisnya.
Lebih menyentuh hati, Shila turut memuji keperibadian Ubai yang bukan sahaja memahami dirinya, tetapi juga menyayangi anak Shila, Seth Uwais, seperti anak kandungnya sendiri.
“Terima kasih kerana selalu memanusiakan insan lain. Terima kasih sebab lebih setih seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri,” coret Shila lagi.
Pelantun lagu Patah Seribu itu juga menegaskan bahawa tidak semua ibu atau bapa tiri bersifat negatif seperti yang sering digambarkan.
“Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat. Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam,” tambahnya, disertai dengan emoji hati merah sebagai simbol kasih.
Nama Shila Amzah kembali menjadi perhatian apabila beliau tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan diherdik oleh seorang penyanyi legenda.
Menurut pihak polis, insiden itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati penyanyi legenda terbabit yang mendakwa Shila telah mencampuri urusan keluarganya.
Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa laporan polis dibuat demi menjaga keselamatan dirinya.
Must-Watch Video