"Bukan Senang Bintang Paling Popular Nak Beri Kerjasama Tanpa....." - Noraniza Idris Puji Sikap Wany Hasrita

Rozaimi Zubaidi
November 2, 2018 06:24 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mengakui kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Bintang Paling Popular Berita Harian ke-31, Wany Hasrita.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noraniza atau lebih mesra dipanggil Kak Ani memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh Wany walaupun dia telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini.
"Bila lagu duo jadi lagu solo. Bukan senang nak olah supaya bunyi tak dengar janggal. Orang dengar tak lah senang-senang nak buat perbandingan. Cara nyanyian tersendiri.
"Dalam keadaan selsema pun datang juga latihan, Wany Hasrita beri kerjasama. Humble je, bukan senang gelaran bintang paling popular nak beri kerjasama tanpa body guard melampau di sekeliling.
"Wany Hasrita je boleh satu dalam seribu, tak malu nak bertanya. Teruskan hormat orang tua ya. Walaupun kita tak la tua sangat. #dramasangat.
"Jangan jadi sesetengah artis bila dah ada level diatas ada gab pula nak dekat. Banyaknya macam tu la terjumpa. Tak sabar nak tengok Wany Hasrita menyanyi sambil menari," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Wany dan berharap dia akan kekal begitu serta sentiasa menghormati artis yang lebih lama dalam industri.
#Penyanyi #Noraniza Idris #Penyanyi #Wany Hasrita