Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Bukan Senang Cari Peniaga Melayu Macam Ni" - AC Mizal Puji Usaha Gigih Pengasas Sellection, Miliki Butik Besar Di Wangsa Maju!

Amri Hassan
06/02/2023 02:00 MYT
Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji semangat dan kesungguhan usahawan jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin meluaskan empayar perniagaannya.

Menerusi sesi lintas langsung diadakan di butik tiga lot premis niaga terbaharu milik usahawan itu di Wangsa 118, Wangsa Maju, AC yang hadir ditemani isterinya, Datin Emylia Rosnaida menyifatkan kejayaan Rafidah wajar dijadikan contoh.

“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini (merujuk kepada Rafidah). Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya.

“Sekarang ini butiknya semakin membesar dan meluas. Tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.

“Saya suka pemilihan rekaan yang Rafidah bawakan di Sellection. Lain dari lain dan paling terbaru. Kalau tidak, mungkin saya tidak datang.

“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini. Memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” katanya.



Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga menegaskan dalam sesi lintas langsung diadakan, bahawa manusia hidup atas satu benda dipanggil harapan.

“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.

“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.

“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” kata AC.

A post shared by Sellection Branded Fashion Outlet (@sellectioncom)


Lelaki pun kena pandai bergaya

Tegas AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, golongan lelaki juga kena pandai bergaya dan jika ada rezeki lebih ‘reward’ diri dengan barangan berjenama.

“Selalu pandangan pertama, orang akan melihat apa yang kita pakai dan bagaimana paras rupanya. Ia perlu datang dan disokong dengan imej yang baik.

“Ia juga bukan soal apa yang kita belanjakan… ia mengenai bagaimana kita ‘reward’ diri sendiri,” kata AC lagi.

Sellection tumpuan selebriti

Selain AC, jenama ini juga terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan pempengaruh lain termasuk di aplikasi Tiktok.

Menurut Rafidah, kehadiran golongan berkenaan tidak disangkal sebagai antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama diusahakannya.

“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection ini.



Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.

Wanita berjiwa besar itu sejak hujung tahun lalu sudah berpindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama.

Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.

Ia sekali gus mengukuhkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan dan #impianjadikenyataan dengan merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.

“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya & maju jika mahu. Syukur kini perlahan demi perlahan jenama ini mula dikenali ramai.

“Paling penting, jenama saya ini melebarkan pengaruh bukan dalam masa singkat. Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal,” katanya.

Barang mewah bukan untuk mak datin je!

Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.

“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.

“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.

“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan penggayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan beg atau tas tangan yang tepat dan ideal.

“Sempena Februari bulan ulang tahun kelahiran saya, kini juga ditawarkan kod diskaun istimewa “BR26” sebanyak RM26 untuk semua pembelian. Malah harga kami tawarkan selama ini juga boleh jimat 30 ke 50 peratus daripada premis lain,” katanya.



Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu turut berbangga kerana sejak tahun lalu kerana jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.

“Biarpun sedar 80 peratus jualan diraih dalam talian www.sellection.com, kami cuba imbanginya dengan butik fizikal. Ada orang nak juga rasa barangan depan mata dan merasai memakai. Nak ‘walk-in’ ke butik amat dialu-alukan.

“Malah kehadiran aplikasi mobil, Sellection dilihat sebagai menyokong kecenderungan ramai membeli dalam talian. Pilihan lain untuk membeli, selain online atau walk-in ialah menghubungi Sellection Business Partner yang sah atau #TeamSellection untuk konsultasi.

“Komunikasi dan perkhidmatan hubungan pelanggan menjadi teras dan kunci ‘kekuatan’ kami. Hingga kini di laman sesawang saja kami mendapat sebanyak 4594 ulasan positif, selain di Google Review pula sebanyak 453 ulasan,” katanya.

#Viral #AC Mizal #Butik #Pengasas #Barang Mewah #Sellection
;