Hiburan
Bukan Sengaja Tak Datang Latihan Gempak Superstar, Saya Shooting - Siti Elizad
Pelakon Siti Elizad menjelaskan dia tidak dapat hadir ke sesi latihan Gempak Superstar minggu lalu kerana sibuk menjalani pengambaran untuk sebuah drama.
“Saya tak dapat hadir ke sesi latihan kerana sibuk dengan shooting, cuma saya tak mahu dedahkan ketika juri tengah memberikan komen kerana mahu menjaga air muka mereka.
“Saya mengaku itu salah saya. Tapi di sini saya nak tegaskan bukan saya sengaja tak nak datang tetapi terikat dengan sesi pengambaran.
“Sebab itu persembahan minggu lalu agak teruk. Tak nak perkara sama berulang, untuk minggu ini saya hadir setiap hari ke sesi latihan dan berikan fokus sepenuhnya terhadap performance saya,” katanya ketika ditemui Astro Gempak di konsert keempat Gempak Superstar bertempat di Pinewood, Johor Bahru pada Ahad lalu.
Mengulas mengenai kritikan juri, Elizad berkata tidak semua orang dapat menerima teguran kasar yang adakalanya membuatkan diri mereka terasa 'down'.
“Saya faham kritikan yang diberikan oleh Kak Ogy untuk persembahan minggu ini, tapi orang diluar sana yang salah faham.
“Sebenarnya komen yang diberikan itu adalah kesinambungan pada persembahan saya minggu lalu sewaktu menyampaikan lagu Pengemis Cinta.
“Maksud Kak Ogy, persembahan saya teruk pada minggu lalu kerana tak datang kelas dan kurang latihan berbanding dengan minggu ini yang nampak okay.
“Cuma kadang-kadang bila ada teguran yang diberikan agak mengguris hati membuatkan kami rasa ‘down’, itu saya tak tipu dan berlaku pada saya minggu lalu.
“Saya faham tempat duduk juri adalah untuk menegur tapi bagi saya cara itu mungkin tak semua orang boleh terima.
“Saya tak nafikan teguran itu bagus kalau tidak buat apa panggil juri. Tapi kalau gunakan bahasa yang lebih halus dan lembut mungkin orang akan terima.
“Juri ada peranan cuma betul kata Datuk Ramli MS, tak semua boleh terima orang nak bash kita. Ada perkataan yang agak kasar yang mungkin mengguris hati orang, kita tidak tahu,” jelasnya.
Elizad merupakan peserta yang menduduki tangga teratas dengan peratusan undian sebanyak 52 peratus.
Peserta Gempak Superstar diadili oleh dua juri tetap iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Amy Mastura manakala juri jemputan pula adalah Michael Ang.
Jangan lupa untuk menyaksikan Gempak Superstar setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Layari www.gempaksuperstar.com.my dan gunakan hashtag #GempakSuperstar untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.