Laman Utama
Bukan Soal Harga, Personaliti Hannah Delisha Diutamakan Untuk Jadi Duta Produk - “Dia Tidak Mahal, Kita Jangan Fikir…”
Senada dengan populariti dan pembawakan diri dalam industri seni, pelakon Hannah Delisha kini selebriti pertama yang dilantik sebagai duta Jenama Elegant Cosmetics.
Bukan bayaran menjadi fokus utama, namun Pengasas Elegant Cosmetics, Datuk Al Amin menjelaskan pemilihan Hannah disebabkan personalitinya yang senada dengan jenama tersebut.
“Nak jadikan Hannah Delisha itu duta mahal ke? Sesuai la dengan dia punya personaliti. Dia tidak mahal… kita jangan fikir soal harga.
Advertisement
“Tapi kita fikir soal macam mana pembawakan diri Hanna seiring dengan jenama ini. Sejujurnya saya cakap, sebelum kami nak lebih lagi untuk jenama ini, kami kuat berangan.
“Kami nak jenama ini pergi macam jenama antrabangsa. Alhamdulillah, sebelum kami lantik Hanna, kami tiada ada duta pun semuanya berjalan lancar.
“Cuma kami ambil Hanna tahun ini, sebab nak guide lagi untuk wanita di luar sana yang mereka masih cantik walaupun tak pakai solekan,” katanya.
Menurut Hannah, sebagai seorang yang sangat teliti dalam memilih produk yang diletakkan pada kulitnya, dia yakin Elegant Cosmetics selamat disebabkan bahan-bahan semula jadi yang digunakan.
“Saya suka dengan apa yang ada dalam produk jenama ini. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya yang semula jadi. Tak ada pun guna bahan kimia.
“Mereka memang sangat jaga dari segi bahan dan kualiti. Saya pun memang suka bahan yang organik… jadi apa saja yang organik, saya minat,” ujarnya.
Untuk info, Elegant Cosmetics juga merupakan penaja utama drama lakonan Hanna yang kini masih ditayangkan di Astro Ria berjudul Andai Itu Takdirnya.
Must-Watch Video