"Bukan Sombong, Tapi Saya Tak Buat Review Semata Nak Buat Duit" - Nourul Depp
Amri Hassan
12/12/2022 06:55 MYT
12/12/2022 06:55 MYT
Penyanyi Nourul Depp menolak tawaran untuk membuat reviu produk secara sembarangan hingga boleh menjejaskan kesihatan.
Tegas Nourul, dia enggan digelapkan mata dengan bayaran untuk melakukan servis berkenaan sehingga memudaratkan diri dan pengguna lain.
"Bukan nak sombong tapi kami tak buat review ikut suka semata nak buat duit. Maaf na.
"Saya hanya memilih produk terbaik yang tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
"Saya sendiri pun seorang pengguna steroid dan pelanggan beberapa klinik yang melantik saya untuk reviu, yang ternyata tidak mendatangkan kemudaratan.
"Saya tidak mahu melakukannya lagi apatah ia boleh mendatangkan bahaya kepada peminat, kawan-kawan, keluarga dan pengikut saya," katanya.
Nourul turut berkongsi paparan skrin maklum balasnya kepada sebuah produk kesihatan yang mempelawa pelantun lagu Kerana Terluka itu untuk membuat reviu produk.
Pesan Nourul agar pempengaruh sentiasa cakna akan bahan kandungan setiap produk dan tidak mengambil sembarangan tawaran demi duit poket sendiri.
"Sesetengah orang mempromosikan produk hanya untuk duit poket sendiri tanpa memikirkan bahawa produk itu sebenarnya boleh membahayakan kesihatan mereka.
"Jadilah individu yang terdidik dengan kandungan bahan dalam sesuatu produk dan tahu akan latar belakang syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan.
"Berhati-hati dan jadilah individu yang bijak. Jangan fikir nak cepat dapat result tapi kesihatan dan nyawa tergadai," pesannya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!