Bukan 'Spoiler', Ini Sinopsis Ringkas Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini
Zulaikha Yusof
20/04/2020 02:11 MYT
20/04/2020 02:11 MYT
Mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton setia dengan filem yang berkualiti.
Buat pertama kali secara eksklusif, Astro Shaw menayangkan filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) yang belum pernah ditayang di pawagam terus ke rumah anda.
Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai kerenah masing-masing. Karakter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem romantis popular ‘Heart’, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Shiela Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan) dan ramai lagi.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sebelum ini, Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.
Kalau anda nak tahu keseluruhan jalan cerita NKCTHI, jangan lupa untuk menyaksikan di saluran 480 bermula 23 April ini.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.