Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Bukan Tak Mahu Bergambar...”- Demi Menjaga SOP, Rozita Che Wan Terpaksa Tegur Peminat Yang ...

Syafiqah Jalal 08/01/2021 | 12:31 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akui amat bimbang dengan angka kes Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat naik.
Menyedari hal itu, Che Ta berkata dia terpaksa menegur peminat yang datang mahu bergambar dengannya agar menjaga penjarakan sosial dan SOP (Operasi Prosedur Standard).
“Bukan tak mahu bergambar tapi bila peminat lupa akan batas dan menjaga SOP saya terus menegur mereka.
“Demi menjaga keselamatan bersama saya terpaksa ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial. Mereka pun kata kadang-kadang boleh lupa,” katanya.
Che Ta ditemui selepas majlis sidang media mengumumkannya sebagai duta kepada produk kecantikan Mylea.
Tambah Che Ta, dia kini menghadkan dirinya dari keluar rumah kecuali urusan kerja dan penggambaran.
“Saya memang tidak akan keluar rumah jika tiada hal penting. Biasanya saya akan duduk di rumah dan hanya keluar jika ada penggambaran sahaja.
“Malah saya terpaksa menolak untuk hadir majlis perkahwinan kerana bimbang untuk berkumpul dalam kumpulan yang ramai.
“Saya rasa kita perlu menjaga diri kita supaya dapat membantu mengungakan penularan wabak ini,” katanya lagi.
#Che Ta #Rozita Che Wan #peminat #SOP
;