Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Bukan Tak Mahu Sambung Belajar, Tapi..." - Rahsiakan Keputusan SPM, Benladin Ada Cita-Cita Sendiri!

Asraf Aided
15/04/2019 12:16 MYT
Penyanyi muda, Benladin, 18, terpaksa membatalkan hasratnya untuk menyambung pengajiannya selepas selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Menurut Ben, keputusan itu dibuat memandangkan kerana jadual nyanyiannya yang terlalu padat sehingga akhir tahun ini.

"Saya memang berhasrat untuk menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM yang agak baik baru-baru ini.

"Bukanlah tidak mahu sambung belajar tapi jadual undangan persembahan saya sudah padat sehingga bulan September, buat masa ini saya akan fokus pada kerjaya nyanyian saya dahulu.

"Jika ada rezeki dan kesempatan di masa akan datang, insya-Allah saya akan lakukannya," kata Ben kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Ben bakal melancarkan single terbaru yang dijangka menemui peminat selepas bulan Jun ini dan genre hip hop masih akan dikekalkan dalam single tersebut.
#Benladin