Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan Tatu ‘Butterfly’, Ameera Khan Tak Sangka Ada Alergi Inai - “Kulit Saya Mula Terkopek & Berdarah”

Asyikin Mayudin
30/04/2024 00:55 MYT
Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dia mempunyai ukiran tatu bentuk rama-rama di tangannya.

Alergi Dengan Inai

Menyedari ramai netizen mempersoalkan ukiran itu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkata ia bukanlah tatu sebaliknya kesan parut dari inai yang dibuat ketika di Madinah awal tahun ini.

Menurut Ameera, dia tidak mengetahui dirinya sebenarnya mempunyai alergi terhadap inai tersebut sehingga menyebab kulitnya terkopek dan berdarah dengan teruk.

“Ada di antara kamu yang bertanya kenapa saya ada tatu rama-rama di tangan saya dan ia disebabkan bekas parut dari henna (inai) saya buat ketika di Madinah awal tahun ini.

“Saya tidak tahu yang saya ada alergi dengan benda itu (inai). Kulit saya mula terkopek dan berdarah… memang gila la,” kongsinya menerusi laman Instastory.

Harap Henti Buat Andaian

Pada perkongsian yang sama, Ameera bagaimanapun berkata dia menerima sahaja keadaan parut di tangannya yang akan mengambil masa lama untuk hilang.

“Sekarang saya ada kesan parut rama-rama yang akan mengambil masa lama untuk terbang dari tangan saya tapi saya sebenarnya okay saja.

“Saya terima saja. Bukan tatu. Bukan tatu. Berhenti buat andaian. Terima kasih. Sayang anda,” kata LMK lagi.

BERITA TRENDING: Berbual & Berdoa Ketika Azan Berkumandang, Netizen Tegur Ameera Dengan Noor Kartini - “Doa Nok Gapo Dale Hati”

BERITA TRENDING: Meerqeen Akui Serba Salah Bila Digosipkan Bercinta Dengan Ameera Khan

#Neelofa #Ameera Khan #LMK #Little Miss Khan #LMK butterfly #LMK tatu #Tatu butterfly
;