Hiburan
“Bukan Tunjuk Kemewahan, Tetapi…” – Siti Sarah Mahu Peminat Ambil Inspirasi
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menafikan sikap suaminya, Shuib Sepahtu gemar menunjuk kemewahan, sebaliknya ia hanyalah sekadar perkongsian.
Memetik laporan HLive, Sarah mengatakan tujuan mereka berkongsi adalah untuk memberi inspirasi kepada para peminat.
“Apa yang kita lakukan sebagai selebriti, peminat mesti akan ada pendapat masing-masing. Macam Shuib kongsi gambar kereta, sebab dia ada kedai kereta. Kita bukan nak menunjuk-nunjuk.
“Benda ni sebenarnya lebih kepada berkongsi. Kita kalau nakkan sesuatu tu, kena berusaha. Ramai juga yang rasa terinspirasi dengan apa yang Shuib ada sekarang ni, Alhamdulillah,” jelas Sarah.
Tambah Sarah lagi, dia mahu membuka peluang perniagaan kepada orang ramai yang mahu menjana pendapatan.
“Saya sebagai selebriti merasakan inilah masanya saya tolong juga orang yang dekat luar membuka peluang perniagaan kepada orang ramai yang nak menjana pendapatan dan capai matlamat mereka.
“Saya sendiri pernah terbaca komen yang menyatakan mereka sangat bangga dengan pencapaian Shuib untuk dia sampai ke satu tahap, bukanlah satu perkara yang mudah.
“Rezeki tidak akan datang bergolek jatuh daripada langit terus ke tapak kaki kita,” ujarnya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video