"Bukannya Beli Bantal Zikir Confirm Masuk Syurga" - Ini Respon Sufian Suhaimi Apabila Digelar Penunggang Agama

Asraf Aided
Februari 1, 2020 05:14 MYT
Setelah digelar penunggang agama oleh segelintir netizen ekoran menjual bantal zikir, penyanyi Sufian Suhaimi tampil memberi respon.
Menurut Sufian, dia hanya mahu menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
"Saya hanya mahu menyebarkan kebaikan kepada orang ramai, saya tak faham bagaimana zikir, doa dan surah jadi menunggang agama. Bukannya beli zikir pillow confirm masuk syurga," tulis Sufian menerusi entri di akaun Twitter miliknya.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, kenyataan Sufian itu mendapat pelbagai respon dari netizen yang membalas 'tweet' tersebut.
Ada yang masih mengkritik tindakan Sufian, namun ramai juga yang berpendapat penjualan bantal zikir itu bukan satu kesalahan dari segi agama.

I just wanted to spread positive vibes to many people. ? I don’t understand which part of zikir, doa & surah tu jadi menunggang agama. Bukannya beli zikir pillow confirm masuk syurga. https://t.co/IWZFhyePap

— Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) January 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baru-baru ini, Sufian mengeluarkan bantal zikir sebagai produk terbaru dalam perniagaannya.
Difahamkan, bantal tersebut didatangkan dengan beberapa zikir, surah dan doa yang sesuai untuk bayi hinggalah golongan dewasa.
#Sufian Suhaimi #Bantal Zikir