Berita

"Bukannya Celupar, Saya Hanya..." - Adibah Noor

Asraf Aided
14/06/2019
13:27 MYT
Selebriti versatil, Adibah Noor akui memilih tawaran dalam bidang hiburan yang membuatkan dirinya kini jarang muncul di kaca televisyen.
Namun begitu, menurut Adibah, ada juga pihak produksi yang tidak mahu memilihnya untuk mengacara atau berlakon kerana sifat lantangnya yang selalu jujur menyuarakan pendapat.
"Saya memilih ya, tidak dipilih pun ya, itulah sebab saya jarang muncul di TV.
"Saya agak lantang bila menyuarakan pendapat, kadang-kadang ada pihak yang tak suka dengan kelantangan saya dan menyebabkan saya jarang dipilih untuk muncul di kaca TV.
"Bukannya saya celupar, saya hanya lantang bersuara dan bersikap jujur," katanya kepada Gempak.
Adibah berkata demikian ketika ditemui di Reader's Digest Trusted Brands Awards 2019 bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur Selasa lalu.
Adibah telah memenangi kategori Entertainment/ Variety Presenter buat kali yang kedua, anugerah itu dikurniakan sebagai satu penghargaan terhadap penjenamaan dirinya dalam industri hiburan tempatan.
Sedikit info lain mengenai Adibah, penyanyi, pelakon dan pegacara kelahiran Kuala Lumpur ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jadi Filem Terakhir, Rindu Kehebatan Allahyarham Adibah Noor Terubat Dalam Eraser

gempak
02/06/2023
11:27 MYT
Rindu kepada orang yang telah pergi memang tidak berpenghujung.
Laman Utama

Dina Nadzir Masih Terasa Dengan Pemergian Adibah Noor - “Saya Bukan Sedih Tapi Hanya Terlalu…”

gempak
21/01/2023
07:50 MYT
Al-Fatihah untuk larwah Adibah Noor...
Laman Utama

#GempakWrapped2022 Hilang Dimata Tetap Di Hati, Pemergian Paling Mengejutkan Sepanjang Tahun 2022

gempak
02/01/2023
09:45 MYT
Al-Fatihah...
Laman Utama

Marcell Pukau Penonton Dengan Karisma, Titip Lagu Buat Allahyarham Adibah Noor

gempak
10/12/2022
20:50 MYT
Konsert Marcell Dua Dekade di Zepp KL pada tanggal 9 Disember 2022 menjadi sesuatu yang bermakna.
Laman Utama

Juang Papar Kisah Pengorbanan & Semangat Memerangi Covid-19, Idea Inspirasi 5 Pengarah Diangkat Dalam Malaysia Book of Records

gempak
24/08/2022
04:00 MYT
Filem mengisahkan perjuangan frontliner