Aksi spontan personaliti televisyen Shalma Aina dipuji netizen gara-gara sikapnya yang tenang apabila diperangkap seolah-olah kediaman mereka dipecah masuk pencuri.

Video prank yang dirakamkan suaminya, Wan Imar itu menyaksikan Shalma memeluk suaminya berkali-kali selepas melihat keadaan rumah mereka yang berselerak.

"Dia prank wife dia, dia cakap ada pencuri masuk rumah sampai barang semua hilang.

"Wife dia balik rumah, first sekali bukannya nak cari salah ke, bebel or marah suami dia ke apa, tapi dia buat something yg jarang org perempuan akan buat," ciap seorang pengguna di Twitter.



Mendapat lebih 20,000 ulang siar, ramai yang memuji hubungan romantis pasangan suami isteri ini.

Namun, ada yang menyangkal kenyataan pemuda berkenaan yang mengandaikan tidak ramai wanita yang bersikap seperti Shalma apabila berdepan situasi sedemikian.

Malah, ada juga yang beranggapan tindakan Shalma untuk memeriksa keadaan ahli keluarganya ketika berlaku musibah adalah aksi spontan yang normal.

Dalam video berkenaan, Wan Imar sebenarnya mahu menghadiahkan Shalma penyedut hampagas yang sedang popular sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu.