"Bukannya Tak Nak Cari GF, Tapi.." - Hun Haqeem Dah 3 Tahun Single
Kamaruddin Razal
16/07/2020 02:25 MYT
16/07/2020 02:25 MYT
Pelakon baru yang sedang meraih populariti, Hun Haqeem, 22, mengakui dirinya masih solo dan tidak mempunyai teman wanita.
Sudah lebih tiga tahun 'single', pemilik nama sebenar Haqeem Hermy mendedahkan dirinya kadang-kadang terlupa soal cinta kerana kesibukannya yang dialami.
"Bukannya tak nak mencari teman wanita, tetapi pemikiran saya sering berlegar dengan persoalan yang sama.
"Saya sering berfikir mengenai cara untuk stabilkan diri, bagaimana saya mahu menolong keluarga dan banyak perkara lagi.
"Bila saya selalu fikirkan mengenai perkara terbabit, kadang-kadang saya boleh lupa soal cinta dan perhubungan," katanya.
Jejaka yang popular menerusi watak Jekfer dalam siri Kampung People ini juga mengakui sebagai lelaki, tanggungjawab yang dipikulnya amat besar.
"Kadang-kadang terfikir.. 'Oh, aku single, sedih juga'... Macam tulah...
"Tapi lama kelamaan saya tak kisah pun, syukur Alhamdulillah, mungkin Allah dah tentukan buat masa ini, ia menjadi waktu untuk saya bekerja.
"Sebagai lelaki, tanggungjawab saya agak besar sebelum mahu memikirkan soal rumah tangga dan sebagainya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hun kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Kampung People.
Hun juga bakal terlibat dalam satu program yang akan didedahkan tidak lama lagi!
Stay tuned!